Badminton Terbuka Aviva Singapura Gade Masih Jadi Tumpuan Kejohanan

589996_rootsaermet37001BINTANG badminton Denmark, Peter Gade, masih merupakan tumpuan perhatian apabila tampil dalam Kejohanan Terbuka Aviva Singapura yang akan berlangsung dari 1 hingga 6 Mei ini.

Kejayaannya menjuarai siri pertama, Siri Super anjuran Persekutuan Badminton Dunia (WBF) di Terbuka Malaysia pada Januari lalu, menjadikan Gade pemain Eropah paling disegani oleh para pemain Asia selepas Morten Frost Hansen.

Kini juara Denmark sebanyak tujuh kali itu sekali lagi akan memikul cabaran getir menentang jaguh-jaguh Asia di Stadium Tertutup Singapura bagi mempertahankan mahkota yang dimenanginya musim lalu.

Bagaimanapun, kekalahan mengejut dalam pusingan pertama dalam Kejohanan Seluruh England di Wembley pada Mac lalu membuat Gade lebih berwaspada mengenai peluangnya di sini.

‘Undian dalam kejohanan Terbuka Singapura ini cukup sukar,’ demikian pengakuan Gade, pemain pilihan keempat, dalam laman web peribadinya.

Pemain Denmark itu juga akur undian dalam Siri Super WBF yang menawarkan hadiah AS$200,000 ($302,900) itu juga agak aneh.

‘Perlawanan pertama saya ialah menentang rakan senegara, Kasper Odum. Pertemuan itu boleh diibaratkan sebagai mudah,’ kata Gade, yang mengatasi ra kannya itu 21-12 21-14 dalam Terbuka Switzerland pada Mac lalu.

‘Bagaimanapun, perlawanan kedua saya ialah menentang Taufik, yang pasti lebih sukar,’ tambahnya merujuk kepada pemain Indonesia yang memegang pelbagai gelaran, termasuk juara Olimpik dan juara Sukan Asia 2006 itu.

‘Apa juga keadaannya, adalah penting bagi saya menentang Taufik dan saya rasa terpulang kepada saya menyahut cabaran tersebut dan melakukan yang terbaik untuk mengalahkannya.

‘Dalam kejohanan Siri Super ini laluan lebih mencabar, anda tidak mempunyai peluang untuk memikirkan mengenai perlawanan akan datang.’

Gade juga sedar Terbuka Singapura ini merupakan siri pertama bagi setiap pemain untuk memungut mata untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Beijing 2008.

‘Saya telah melalui persiapan yang baik dan cukup memuaskan. Saya juga mengadakan latihan yang cukup,’ kata beliau mengenai persiapan yang dibuatnya bagi menghadapi kejohanan di sini itu.

‘Saya juga akan berusaha memberi tumpuan ke atas pelbagai aspek corak permainan saya.’

Justeru, Gade tetap menjadi tumpuan ramai dalam usaha mempertahankan mahkota kejuaraannya di sini.(cyberita.asia1.com.sg)

reference: http://www.bulutangkis.com/mod.php?mod=publisher&op=viewarticle&artid=1913

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: